Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Semalam (18.02.2018) cuti Chinese New Year you all pergi mana? Biasa cuti panjang saya tak ke mana-mana sebab tak mahu trap dalam jem dan kesesakan orang ramai.. Tapi berlainan pula cuti lepas..

Al-kisah cuti sempena Chinese New Year tempoh hari, saya hanya mampu bertahan di rumah selama 2 hari.. Mana boleh tahan bila duduk rumah, browse Facebook ada antara officemate post gambar bercuti ke Cameron Highlands, Thailand, Georgia etc. Maka hari ke-3 hati melonjak-lonjak nak pergi jalan tak kira jem atau tidak so tawakkal dan berdoa agar selamat pergi dan balik serta dipermudahkan segala urusan..

So ke mana kali ini? Kali ini saya ke Genting Strawberry Leisure Farms di Genting Highlands.. Saya decided pergi jalan dekat-dekat sahaja, sekadar melayan hati sendiri dan anak bujang, janji keluar dari rumah, cari makan sedap dan cuci mata hehehe...

Malaysia
Genting Highlands
Seawal pukul 7.00 pagi bertolak dari rumah di Seremban menuju ke Genting Highlands melalui tol Gombak. Perjalanan pagi itu sungguh tenang, cuaca redup dan masih terdapat mist sepanjang perjalanan di kaki gunung dan kabus semakin tebal apabila tiba ke puncak Genting Highlands. Namun kereta sudah mulai banyak semasa menyusuri highway ke Kuantan sebelum susur ke Genting Highlands.

Malaysia
Pemandangan ke Genting Highlands
Pada pukul 9.05 pagi saya tiba di Genting Strawberry Leisure Farms.. Just nice sebab taman santai ini buka jam 9.00 pagi.. Genting Strawberry Leisure Farms ni terletak di Gohtong Jaya berhadapan Mawar dan Bunga Raya Apartments.

Genting Highlands
Genting Strawberry Leisure Farms, Genting Highlands
 Ini merupakan kali pertama saya ke sini.. Apa yang menarik? Jom kita layan gambar..

Genting Highlands
Genting Strawberry Leisure Farms
Apabila masuk sahaja ke taman santai ini, kita akan melalui water fountain dan replica rumah seolah-olah mengalu-alukan kedatangan pengunjung.

Genting Highlands
Genting Strawberry Leisure Farms
Selepas membuat bayaran (entrance fee) pengunjung akan melalui susur di mana kiri kanan terdapat pokok-pokok strawberry subur.. Bayaran masuk RM12.00 (dewasa) manakala RM8.00 (kanak-kanak).


PLUCK YOUR STRAWBERRIES

Genting Highlands
Pokok Strawberry
Besar kawasan tanaman strawberry ini.. Memandangkan pengunjung tak ramai, jadi buah strawberries banyak. 

Genting Highlands
Strawberries
Tak perlu berebut-rebut, pengunjung boleh petik strawberries just relax dan santai.. Minimum 100 gram = RM8.00. Murah atau mahal? Sorry saya tak tahu sangat harga semasa strawberry. Semasa di Cameron Highlands memanjang tak pernah dapat peluang petik strawberries sebab dah habis dipetik orang, sedih!

Genting Highlands
Pick your own strawberries
Itu sahaja strawberries yang berjaya dipetik oleh kerana mind set selalu mengatakan strawberry masam so saya tak petik banyak takut takde siapa makan..

Genting Highlands
Petik dan timbang
Okay, siap petik semua bawa ke kaunter.. Amoi akan timbang dan bayar.. Berat strawberries kami petik 0.304 equal to RM24.30. Sesiapa nak beli strawberry siap pek pun ada dijual di kaunter hanya RM15.00 per pack..



Sampai rumah bila rasa strawberries ni manis terus rasa menyesal tak petik banyak-banyak.. I realized, strawberries kat sini lebih manis dan juicy berbanding di Cameron Highlands.. It's okay next time boleh repeat datang ke sini. 

LAVENDER GARDEN

Selepas puas memetik strawberries, mana pula hala tuju? Sudah tentu ke Lavender Garden.. Semasa ke Cameron Highlands saya tak dapat singgah ke Lavender Garden sebab terlalu ramai umat manusia ketika itu.. Jadi bila dapat ke Lavender Garden di sini maka tertunailah hajat.. Okaylah tu walaupun tempat berbeza.. Untuk pengetahuan, Lavender Garden di sini terletak di atas kawasan tanaman strawberry dalam compound yang sama..


Genting Strawberry Leisure Farm
Lavender Garden
Lihatlah pokok lavender seindah saujana mata memandang.. Geram sebab cantik dan warna ungu bunga lavender merata-rata..

Genting Highlands
Lavender Garden
Apa yang menarik di sini bukan hanya tanaman strawberry semata-mata tapi seperti berada di giant nursery.. Okay, tak perlu kata apa-apa anda layan gambar-gambar yang sempat saya ambil sebagai kenangan dan juga khas kepada pembaca blog ini..

Genting Highlands
Lavender Garden
Genting Highlands
Tanaman Hiasan
That's me
Nah belanja satu gambar.. Geram bila tengok bunga sekeliling kembang setaman, semua cantik-cantik belaka.. Rasa nak posing ala-ala Kuch Kuch Hota Hai tapi takut kena halau, hehehe

Genting Strawberry Leisure Farms
Lavender Garden gift shop
Semasa masuk ke Lavender Garden, pengunjung akan melalui sebuah kedai menjual cenderamata berasaskan lavender. 

FLORAL GARDEN

Selepas keluar dari Lavender Garden, kita akan menyusuri taman-taman bunga lain..

Genting Highlands
Rose garden
Genting Highlands
Bunga Hydrangea
Taman bunga
Genting Highlands
Apa nama bunga ini?
Selain taman-taman bunga, ada jugak tempat gempa bumi dan tsunami tapi saya tak masuk 2 tempat itu.. Saya lebih suka spent masa menikmati keindahan taman bunga, lately suka sangat bunga.. mungkin faktor usia kot! hehehe

BEST PHOTO SPOTS & CAFE

Genting Highlands
Floral Garden
Oh ya, cafe juga disediakan untuk relax dan menghilangkan dahaga, ada hot coffee.. boleh juga makan strawberry coklat, waffle dan aiskrim..



Selain itu, apa yang best banyak lokasi menarik untuk bergambar seperti di taman bunga, water fountain dan panda booth.. Tak lupa surau juga disediakan..

Panda photo booth
Sebelum balik, sempat juga membeli 6 buah pasu sebagai buah tangan. Tak sah kalau tak membeli kann.. Husband tolong angkut, kesiannn.. >_<

Heading to Genting Premiun Outlet
Selepas itu saya meneruskan perjalanan ke Genting Highlands Premium Outlet. Overall Genting Strawberry Leisure Farms sesuai sebagai kawasan riadah bersama keluarga untuk cuti singkat.

Sebelum mengakhiri entri ini, jemput tonton video singkat di taman bunga 😉 : 


Okay, itu sahaja.. Psssttt anda pula bercuti atau pulang ke kampung? Share story sikit.. Andai ada antara pembaca pernah ke sini boleh juga kongsi pengalaman anda, best or tak best?.. I really appraciate it! Thank you in advance..

Begitulah perkongsian yang ingin disampaikan..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byee...


Regards,
I am LZ